Wednesday, 1 February 2023

 

Hubungan Malaysia-Brunei istimewa- Anwar

  • Published in Semasa

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Januari-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia dan Brunei adalah istimewa dan luar biasa disebabkan susur galur dan budaya kesultanannnya.

Menurut Perdana Menteri, persamaan tersebut diharap mampu mengangkat maksud 'Madani' dalam usaha meningkatkan manfaat hubungan baik antara Malaysia dan Brunei.

"Kalau kita usahakan untuk merapatkan dan memanfaatkan hubungan yang baik diantara dua negara ini.. itu keutamaan saya, kita hukum dia care compassion sustainbility yang bunyi indah-indah itu pelaksanaanya dimana? Di rumah tangga kita, dan jiran kita sebab itu saya mula rumah tangga kemudian jiran. Jadi diantara jiran ini Brunei yang sangat penting", ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan.

Seramai 25,000 rakyat Malaysia menetap atau terlibat dalam pelbagai sektor di Brunei.

Sultan Hassanal bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen pada 24 November lepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar bagi memperkukuhkan hubungan Malaysia-Brunei.
 
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lawatan Khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia adalah untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei.
Selain itu, ia juga bagi meneroka potensi baharu dalam meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.
 

(FOTO RTM)