Wednesday, 8 February 2023

 

Penyedia perkhidmatan media sosial perlu kekang berita palsu

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Perkhidmatan media sosial perlu bertindak lebih agresif untuk menyekat penularan berita palsu dan kandungan bersifat provokatif di platform masing-masing berpandukan perundangan sedia ada, demikian dinyatakan beberapa pengamal undang-undang.

Hak bersuara dan kebebasan media perlu dipertahankan, namun harus ada batasan dan pengawalan demi mengekalkan keutuhan perpaduan.

Dalam satu rakaman video Pengamal Undang-undang Chai Chee Ping berkata, "hasrat dan komitmen penyedia aplikasi untuk membendung kandungan berunsur provokasi yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat.

"Selain itu, perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sebagai contoh kedudukan institusi diraja, agama dan bangsa perlu diberi perhatian. Ia adalah satu langkah penting kepada semua pengguna media sosial sebab kebebasan bersuara bukan satu kebebasan yang tidak mempunyai had."

Bagi Zulsyahmi Husaini Kamarulzaman yang juga merupakan Pengamal Undang-undang berkata, "Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat pertuduhan kepada 49 pihak atau individu di negara ini kerana melakukan perkara yang tidak wajar di dalam media sosial.

"Perkara ini menunjukkan akta ini penting bagi mengekang isu-isu berkaitan perkauman," jelasnya dalam satu rakaman video.

(Foto hiasan)