Wednesday, 1 February 2023

 

PM hadiri program 'Perjumpaan PM Bersama Warga JPM'

  • Published in Semasa

PUTRAJAYA, 29 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.00 pagi bagi menyertai program perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perjumpaan pagi ini adalah program pertama Datuk Seri Anwar bersama penjawat awam khususnya warga JPM.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadiri program
'Perjumpaan PM Bersama Warga JPM' di Putrajaya)

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria.

Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga JPM Bagi Bulan November 2022 melibatkan 34 Jabatan atau Agensi JPM dan seramai lebih 300 orang penjawat awam.