Wednesday, 1 February 2023

 

Dua lelaki maut dalam kemalangan babitkan dua kenderaan di Kluang

  • Published in Semasa

KLUANG, 28 November- Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan sebuah van di Jalan Sungai Sayong, Kluang, Johor kira-kira 4.30 petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Khairul Rosli, 17 tahun dan Muhammad Haziq Haiqal Mohd Faizal, 20 tahun.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan 2 Shoromi Salih memaklumkan, mereka ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang kereta, bersama dua lagi penumpang yang terselamat.

"Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata Shoromi kepada media di sini.

Sementara itu empat mangsa yang menaiki van mengalami kecederaan.


(Dua lelaki maut dalam kemalangan babitkan dua kenderaan di Kluang)