Wednesday, 8 February 2023

 

Harga minyak masak botol turun bermula Selasa

  • Published in Semasa

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 2 November- Harga minyak masak botol lima kilogram (kg) turun 60 sen kepada RM30.90 berbanding RM31.50 berkuat kuasa 8 November hingga 7 Disember ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan turut memaklumkan; harga minyak masak kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.60; botol dua kg RM13.30; dan botol satu kg; RM6.90.

Menerusi kenyataan sama, harga baharu itu ditetapkan selepas kerajaan meneruskan kawalan harga minyak masak sawit botol yang dilaksanakan sejak 8 Ogos lepas.

Kawalan harga itu mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

KPDNHEP turut menegaskan, "mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011."

Pengguna perlu menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran.

(Foto hiasan)