Thursday, 8 December 2022

Program Ayuh Cergas Warga Emas cemerlang 2022 pupuk kesedaran penyakit jantung

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 2 Oktober- Kesihatan jantung kepada warga emas, perlu dititikberatkan, sebagai kesedaran menjaga fungsi jantung kepada manusia.

Program Ayuh Cergas Warga Emas Cemerlang 2022, kolaborasi antara Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Daerah Pontian, Johor dan Aafiyat Group, berjaya mencapai matlamatnya, dalam usaha memupuk kesedaran mengenai penyakit jantung.

Program yang dijalankan bersempena Hari Jantung Sedunia dan Hari Warga Emas itu, memberi pendedahan khusus kepada bahaya serta kaedah mengatasi penyakit kardiovaskular.


(Presiden Aafiyat Group, Aidil Azwal Zainudin)

Menurut Presiden Aafiyat Group, Aidil Azwal Zainudin, program dijalankan bersempena Hari Jantung Sedunia dan Hari Warga Emas, khusus memberi pendedahan kepada bahaya serta kaedah mengatasi penyakit kardiovaskular.

Katanya, selaian pengambilan ubatan dan senaman, amalan pemakanan penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain ceramah dan pemeriksaan kesihatan, pengisian program juga melibatkan cabaran 10,000 langkah serta promosi kombo hari jantung sedunia di seluruh negara sehingga 31 Oktober ini.

Lebih 1,000 pengunjung hadir terdiri daripada warga emas, ibu bapa, kanak-kanak, pihak sekolah dan agensi kerajaan.

"Sangat-sangat ramai pengunjung, mungkin ini antara faktor kebiasaan warga pontian yang mereka ini suka aktiviti bersama kawan, teman dan anak-anak mereka, dan kita berterima kasih pada Hospital Pontian atas inisiatif ini," katanya.

Warga emas yang hadir, menghargai usaha dibuat Aafiyat group yang memberi peluang kepada mereka melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

"Saya amat bersyukur... Agak baik sebenarnya kerana menjana memberi satu anjakkan kepada orang-orang warga emas saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih pada pihak hospital," kata pengunjung, Zulkifli Ahmad.

"Terlalu baik dari segi untuk buat pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi, pemeriksaan gigi lepas tu ada warga emas yang buat jualan-jualan," kata pengunjung, Fadzilah Rahmat.

"Program hari ini sangat manfaat kepada kami... Jadi alhamdulillah, mudah-mudahan program seperti ini dapat dilanjutkan pada masa akan datang," kata pengunjung, Tumiran Parlan.