Friday, 9 December 2022

Lapan negeri perintis bandar pintar

  • Published in Semasa

 

(Zahidi pada Kongres Bandar Pintar ASEAN 2022 di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 29 September- Kementerian Komunikasi dan Multimedia, akan terus memperkukuh fokus bagi merealisasikan aspirasi ekonomi digital negara, ia termasuk pembangunan bandar pintar di seluruh negara yang bermula di lapan negeri.

Menurut Timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, ia melibatkan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bandar utama di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

"Kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di semua kawasan amat penting, jadi pihak PBT perlu memberi kerjasama kepada pihak Telekom Malaysia (TM) bagi merealisasikan bandar pintar ini."

Beliau turut menambah, "bandar pintar ini melibatkan keupayaan 5G, sebagai langkah awal kita akan memberi fokus di kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang, kemudian dalam masa terdekat kita akan ke tempat lain."

Jelas beliau, projek Bandar Pintar dilaksanakan di kawasan berpenduduk padat seperti kawasan perindustrian dan kemudian akan diwujudkan di lokasi-lokasi lain

Empat teras utama dititikberatkan untuk mewujudkan ekosistem digital yang inklusif bagi bandar pintar iaitu Kerajaan Pintar, Ekonomi Pintar, Masyarakat Pintar dan Infrastruktur Pintar.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas meninjau Reruai TM One sempena Kongres Bandar Pintar ASEAN 2022 di ibu negara.

(Zahidi pada sidang media Kongres Bandar Pintar ASEAN 2022 di ibu negara)