Thursday, 8 December 2022

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) perkasa peranan penggunaan teknologi

  • Published in Semasa

KUALA TERENGGANU, 28 September- Ke arah hasrat melahirkan usahawan dalam pelbagai kategori yang berjaya menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT terkini.

Kesemua Pengerusi di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang dilantik di seluruh negara perlu memperkasakan peranan mereka dalam mengatur kesesuaian program di kawasan masing-masing.

Tegas Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Doktor Budiman Mohd Zohdi, langkah proaktif perlu diambil bagi mencapai matlamat tersebut menerusi latihan dan kemudahan ICT di PEDi.

 
(Setiausaha Politik Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Doktor Budiman Mohd Zohdi)

Selain menyasarkan satu PEDi mampu melahirkan seramai 15 usahawan dalam pelbagai kategori, dengan memanfaatkan sepenuhnya perniagaan dan pemasaran secara dalam talian.

"Kita hendak perbanyakkan usahawan ekonomi digital, dan insya-Allah, PEDi adalah platform yang terbaik kerana keperluan fizikal kemudahan internet dan juga tenaga kerja yang bertugas di sana akan membantu, terutama sasaran kita untuk rakyat di peringkat akar umbi supaya menjadi inspirasi kepada yang amat berhormat menteri iaitu saling hubungan ini adalah merupakan satu keperluan asasi," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi PEDi serta Taklimat Telekomunikasi Bersama Pengguna, bagi mewakili Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia-MCMC Negeri Terengganu, Zahari Ismail.

Untuk rekod di Terengganu sahaja terdapat sebanyak 66 pusat PEDi yang sebahagian besarnya terletak di kawasan di luar bandar, tetapi tidak termasuk penambahan enam pusat baharu yang masih dalam pembinaan.