Thursday, 8 December 2022

Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8

  • Published in Semasa

(Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan bergambar bersama Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid (tiga, kanan) pada Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara hari ini/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 September- Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8.

Baginda yang juga merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja, tiba di Istana Negara pada pukul 8.45 malam. 

Tunku Azizah turut diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah.


(Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat pada Majlis Santapan Malam sempena Simposium Tekstil Tradisional ASEAN Ke-8 di Istana Negara hari ini/BERNAMA)

Majlis santapan itu juga dihadiri kira-kira 400 penggiat seni tekstil tempatan dan luar negara.

Hadirin disajikan dengan persembahan kebudayaan dan pertunjukan fesyen busana tradisional termasuk songket dan tenun Pahang.

Selain mempamerkan keindahan tekstil Malaysia, ia secara tidak langsung memperkenal budaya tempatan kepada negara luar.

Ini merupakan sebahagian acara simposium yang berlangsung sejak 25 September lalu hingga Jumaat ini.

Penganjurannya telah menghimpunkan penggiat seni tekstil dari 13 negara termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar.