Thursday, 8 December 2022

Mobilisasi projek LCS diyakini dapat disempurkan hujung tahun ini - Hishamuddin

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 27 September - Kerja-kerja mobilisasi projek Kapal Tempur Persisir (LCS) diyakini dapat disempurnakan hujung tahun ini seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan perkembangan terkini mengenai projek tersebut telah mencapai banyak kemajuan.

Katanya, perkembangan dan maklumat lengkap berkaitannya akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)

“Saya akan umumkan minggu depan perkembangan projek LCS. Banyak benda yang sudah kita lakukan kerana saya sudah umumkan, dalam enam bulan ini tempoh mobilisasi dan banyak perkara yang orang tidak tahu kita sudah lakukan setakat hari ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, di sini.

Tambah Hishamuddin, hubungan dengan syarikat pembekal projek tersebut dari dalam dan luar negara juga berjaya dipulihkan.

"Kita hidupkan balik hubungan kita dengan OEM... di Eropah sudah pun dilakukan...OEM yang sedia ada juga sudah pun dilakukan. Perbincangan kita dengan bank-bank untuk pastikan bahawa kabinet telah memutuskan bahawa ini perlu dilakukan juga akan dibincangkan," katanya.