Tuesday, 29 November 2022

Lebih 2,100 tapak 5G telah beroperasi, liputan cecah 33 peratus setakat Ogos - Zahidi

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 27 September - lebih 2,100 tapak 5G telah beroperasi, manakala liputan perkhidmatan itu pula kini mencecah 33 peratus setakat akhir bulan lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ia membabitkan kawasan berpenduduk di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau optimis, sasaran 36 peratus liputan 5G pada penghujung tahun ini mampu dicapai.

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin)

"Kita sudah memperluaskan ke lapan buah negeri dan kita harap usaha sama ini akan berkembang ke negeri lain dengan penambahan gentian optik (fibre optic) dengan kerjasama Telekom Malaysia serta syarikat telekomunikasi sedia ada.Kalau boleh kita hendak kembangkan di Kelantan dan Perlis, ini antara negeri yang masih kita nak majukan," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian MoU usaha sama Program 4G dan 5G antara MRH Digital Sdn Bhd, Chendu Sihan Technology Stock Co.Ltd dan Cosmos International Consutancy Sdn Bhd, di sini.

Tambah Zahidi, perjanjian usaha sama antara MRH Digital Sdn Bhd, Chendu Sihan Technology Stock Co.Ltd dan Cosmos International Consutancy Sdn Bhd itu dilihat berupaya membantu Malaysia mencapai ketersambungan 5G merentasi negara lebih awal.

“Kita sedia maklum, kawasan luar bandar ada masalah liputan lemah. Kita mahu fokuskan pada kawasan agensi di luar bandar. RM1.6 bilion pelaburan dikeluarkan daripada organisasi swasta. Kerjasama ini sangat baik, dapat membantu ekonomi negara dan kerajaan.