Sunday, 2 October 2022

Pasukan bertindak khas proaktif pantau projek sakit KKM

  • Published in Semasa

REMBAU, 23 September- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau 13 projek ‘sakit’ yang melibatkan pembangunan fasiliti kesihatan di negara ini.

Langkah tersebut bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pemantauan rapi kemajuan projek berkenaan setiap bulan.

Projek tersebut kini di bawah pemantauan KKM dan akan dipercepat pembinaannya dengan proses lantikan kontraktor penyelamat.  

"13 projek sakit yang sedang dipercepatkan atau pun sedang melalui proses lantikan kontraktor penyelamat.

"Jadi perkara ini sudah pun ditangani oleh satu pasukan bertindak khas yang ditubuhkan di bawah KKM dan juga Kementerian Kerja Raya.

"Jadi setiap bulan saya akan dapat laporan berkenaan dengan kes kelewatan," katanya.

(Khairy Jamaluddin)

Khairy menyatakan demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hospital Rembau, di sini hari ini.