Sunday, 2 October 2022

Najib dihantar semula ke Penjara Kajang

  • Published in Semasa

REMBAU, 23 September - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tahap kesihatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan baik setelah menerima rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan dihantar semula ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara.

Hasil pemeriksaan terkini yang dilakukan Pakar Perubatan Rehabilitasi HRC mendapati tahap kesihatan Najib kini stabil. 

"Datuk Seri telah dirujuk ke hospital sebab dia mengadu tentang tahap kesihatan, dia sudah pun dirawat dan diberi rehabilitasi. Sekarang ini pandangan pakar adalah beliau sudah bersedia dalam keadaan yang stabil untuk dikeluarkan dari hospital," kata Khairy ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Hospital Rembau di sini. 

(Hasil pemeriksaan mendapati tahap kesihatan Najib kini stabil)

Pada 12 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan agar Najib dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan setelah dimaklumkan keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

Pada 19 September, pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah merujuk bekas Perdana Menteri itu ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjut.