Sunday, 2 October 2022

Eksplorasi Jejak Warisan Seremban, pupuk Patriotisme

  • Published in Semasa

SEREMBAN, 23 September- Program Eksplorasi Jejak Warisan antara usaha memelihara dan memulihara warisan unik yang terdapat di  Seremban, Negeri Sembilan.

Kira-kira 200 penduduk setempat menyertai program tersebut.

Menurut Setiausaha Majlis Bandar Raya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya, program itu bertujuan memperkenal bandar raya Seremban sebagai produk pelancongan yang berasaskan sejarah.


(Setiausaha Majlis Bandar Raya Seremban (MBS), Mas Midyawan Yahya)

Usaha tersebut juga dapat mewujudkan peluang ekonomi yang lebih luas kepada penduduk sekaligus memupuk semangat cintakan negara.

"Di seremban kita ada pelbagai ikon lama bersejarah yang ada di Seremban sebagai contoh kita mulakan dengan stesen keretapi kita yg lama sejak zaman sungai ujong railway kemudian kita ada jejak warisan yg lain yg ada di jalan yamtuan kuil terbesar kemudian masjid negeri," katanya.

Laluan bagi eksplorasi Jejak Warisan itu meliputi Seremban termasuk laluan Lorong Seni yang terpanjang di negeri itu serta di kawasan pemeliharaan pokok getah tertua.

Para peserta turut teruja menyertai Eksplorasi Jejak Warisan kerana ia dapat menyemarakkan semangat patriotisme.

"Kami berasa sangat teruja, sebab hendak tahu lebih tentang sejarah Seremban dengan aktiviti ini, kita boleh tahu banyak sejarah yang kita mungkin orang muda kena belajar juga," kata Lim Pei Pei.

"Kita boleh berkongsi maklumat dan boleh dapat tahu sejarah Negeri Sembilan dan juga kita boleh memupuk semangat perpaduan antara kaum, di sini ada melayu cina semua boleh memupuk semangat perpaduan," kata Kavisha Rajaveeran.

"Seronok untuk menyertai aktiviti Jejak Warisan ini, sebab dia beri peluang kepada kita untuk nampak kemeriahan rakyat Malaysia ada pelbagai kaum yang menyertai Ekspolarasi Jejak Warisan ini dan peluang ni untuk kami semua mendalami dan mengetahui sejarah Negeri Sembilan juga sejarah dalam bandar Seremban ini rupanya banyak bangunan bersejarah yg ada dalam bandar Seremban ini," kata TimbalanPentadbir Tanah, Noorlin Mohd Aris.