Sunday, 2 October 2022

Imej baik kepimpinan Johor tarik lebih banyak pelaburan

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 23 September- Imej baik kepimpinan kerajaan negeri Johor berupaya menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, media juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan berita sahih sekali gus membina reputasi kerajaan.

"Kita semua sedia maklum, peranan media cukup penting dalam kita mendapat kecemerlangan menerusi berita-berita baik.

Kalau kita nak memburukkan nama Johor juga mudah, dengan sekelip mata pena tuan-tuan dan puan-puan (media) boleh mencemar nama baik negeri Johor," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Johor 2022 di sini.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Johor 2022)

Beliau turut meminta petugas media negeri itu supaya tidak membuat laporan berita yang memberi implikasi buruk kepada kerajaan negeri.