Sunday, 2 October 2022

Kadar antara bank jangka pendek, stabil

  • Published in Semasa

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 23 September- Kadar antara bank jangka pendek dijangka terus stabil pada Jumaat dengan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM40.58 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM34.55 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional iaitu tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta selama 14 hari.

BNM akan turut melaksanakan tiga tender Qard masing-masing tender RM1.9 bilion selama tujuh hari, tender RM700 juta selama 14 hari, dan tender RM400 juta selama 21 hari.

Bank pusat itu akan turut mengeluarkan tender Bil Antara Bank Negara (BNIB) bernilai RM1 bilion selama 91 hari bermula pada 27 September ini.

Selain itu, BNM mengumumkan tawaran repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.1 bilion dan RM30.6 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

(Foto hiasan)