Sunday, 2 October 2022

Johor tidak tolak Enakmen Anti-Lompat Parti

  • Published in Semasa

JOHOR BAHRU, 23 September- Kerajaan Johor tidak menolak Enakmen Anti-Lompat Parti, sebaliknya menolak cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menjalankan kajian dan meneliti pelaksanaan enakmen berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, semua pihak di peringkat kerajaan negeri tidak mahu ahli dewan negeri mengamalkan budaya lompat parti.

"Tetapi pembangkang nak buat jawatankuasa, kerana mereka nak mengelirukan rakyat.

Supaya rakyat fikir, kerajaan negeri tak nak buat Enakmen Anti-Lompat Parti, itu satu perkara cukup tidak bertanggungjawab," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Media Johor 2022 di sini.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor)

Jelasnya, perkara itu sudah dibincangkan di peringkat persekutuan.