Sunday, 2 October 2022

Insurans tanaman wajar dilaksana - Prof. Mad Nasir

  • Published in Semasa

(Foto hiasan)

SERDANG, 23 September- Insentif fiskal mampu menjamin kelangsungan dan kestabilan sekuriti makanan negara.

Turut membantu merancakkan lagi rantaian bekalan makanan pengenalan insurans tanaman.

Pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin berkata, "insentif berterusan dapat dimanfaatkan pemain industri."

Beliau turut berpendapat, "pendekatan baharu seperti insurans tanaman wajar dilaksana."

Ia berfungsi bagi mengurangkan risiko kerugian.

Selain itu, ia turut memberi keyakinan kepada pekebun kecil mengekalkan kualiti produk yang dihasilkan.

(Profesor Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin, Pensyarah Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM))

Beliau turut menambah, "di negara maju, 'crop insurance' sudah digunakan bagi mendepani risiko begitu tinggi dalam bidang pengeluaran makanan.

"Maka insurans perlu dipelopori oleh badan kerajaan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agrobank."

Beliau menyatakannya dalam satu temu bual bersama RTM.

Bagi meneruskan kelangsungan sektor makanan, progam berkaitan usahawan tani perlu diperhebat di seluruh negara.

Ia sekali gus menjadi pemangkin kepada pengkomersialan sektor pertanian untuk berkembang luas dan menampung bekalan makanan sedia ada.