Sunday, 2 October 2022

Tiga motosikal disita, tiga notis dikeluarkan

  • Published in Semasa

(Sebuah bengkel diperiksa semasa Ops Bersepadu Bengkel Motosikal)

TANJUNG BUNGAH, 23 September- Tiga buah motosikal yang disyaki terlibat dalam pengubahsuaian untuk perlumbaan haram disita menerusi Ops Bersepadu Bengkel Motosikal.

Operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP); dan Majlis Bandaraya Seberang Perai dijalankan dalam usaha membanteras pengubahsuaian motosikal bagi kegiatan mat rempit, lumba haram dan samseng jalanan.

Semasa pemeriksaan dijalankan, tiga notis dikeluarkan oleh JPJ ke atas dua bengkel terbabit kerana menjalankan pengubahsuaian tanpa lesen sah.

ACP Soffian Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut berkata, "terlibat dalam aktiviti pengubahsuain bagi tujuan lumba haram yang mana motorsikal tersebut digunakan oleh peserta atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti lumba haram, samseng jalanan dan seumpamanya.

"Hasil siasatan dan risikan kita ekoran insiden pada 17 Julai lepas di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu melibatkan lima orang pelumba lelaki meninggal dunia selepas terlibat dalam lumba haram."

Beliau turut menambah, "21 bengkel di daerah Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai Selatan telah dikenalpasti terlibat aktiviti ubahsuai haram."

(ACP Soffian Santong, Ketua Polis Daerah Timur Laut ketika ditemui pemberita)