Sunday, 2 October 2022

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pemangkin pembangunan TVET

  • Published in Semasa

NEGERI SEMBILAN, 23 September- Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat kebangsaan diadakan secara fizikal setelah tiga tahun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Selaku pembekal tenaga Pendidikan dan Latihan Vokasional (TVET), konvensyen itu telah menyumbang kepada hasil penyelidikan yang menjanjikan inovasi yang berkualiti dan menjadi pemangkin kepada pembangunan TVET.


(Pengarah kanan JPPKK, Roslee Yahya)

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts. Zainab Ahmad berkata politeknik dan kolej komuniti perlu mengekalkan momentum memembangunkan budaya penyelidikan yang kompetetif dan berinovasi dalam kalangan warga kerja dan pelajarnya.

"Pembangunan ekosistem inovasi menjadi antara lonjakan yang telah digariskan dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan TinggI) 2015-2025 untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara selari dengan tuntutan perubahan teknologi. Kementerian Pengajian Tinggi juga menyokong Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) ini dan akan menganjurkan pertandingan KIK peringkat kementerian pada bulan Oktober yang akan datang," katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah kanan JPPKK, Roslee Yahya.

Sebanyak 40 kumpulan telah mengambil bahagian dalam konvensyen yang berlansung selama 3 hari itu.

Juara kesuluruhan bagi Konvensyen KIK itu telah dimenangi oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.