Sunday, 2 October 2022

50 lokasi dikenal pasti bagi empangan sabo

  • Published in Semasa

(Foto hiasan)

DUNGUN, 23 September- Kementerian Alam Sekitar dan Air mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawahnya melakukan persiapan rapi bagi menghadapi banjir.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara yang sedang dilakukan adalah pemasangan pam air, penyelenggaraan pintu air dan kerja mendalamkan kawasan takungan air di lokasi berisiko.

Turut dilakukan, projek pemuliharaan sungai dengan terbaharu membabitkan muara Sungai Dungun, Terengganu

Beliau turut menjelaskan apabila projek itu siap sepenuhnya, "ia membantu mengurangkan kesan banjir di kawasan yang biasa berlaku banjir.

"Dan keduanya ia akan memudahkan urusan keluar masuk nelayan di kawasan ini.

Pihaknya turut berharap, "supaya penambakan pasir akan dilakukan untuk mengekalkan pantai di kawasan ini."

(Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, di Dewan Sivik Bijangga, Kuala Dungun

Sementara itu, 526 siren amaran awal banjir dipasang di seluruh negara.

50 empangan sabo juga sedang dibina secara berperingkat bagi mengurangkan impak tragedi kepala air.

Kini, KASA menerusi semua agensi memantau dan mengenal pasti 5,494 kawasan berisiko banjir di seluruh negara.