Sunday, 2 October 2022

Kereta terbalik dalam longkang, bayi lapan bulan terselamat

  • Published in Semasa

JERANTUT, 17 Ogos- Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan terselamat walaupun kereta dinaikinya menggelongsor dan terbalik ke dalam longkang Sungai Betong dalam kejadian pukul 11.00 pagi semalam.

Mangsa yang cuma berseorangan di dalam kereta dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapanya yang keluar membeli barang.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Osman Abd Malik berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan

"Sebaik tiba kami mendapati bayi tersebut telah dinaikkan oleh orang awam," katanya.

(Keadaan kereta yang menggelongsor dan terbalik di dalam longkang Sungai Betong)

Mangsa yang cedera telah diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan lanjut.