Sunday, 2 October 2022

KMKM 2020: 2,000 Jalur Gemilang akan diedar di Negeri Sembilan

  • Published in Semasa

TAMPIN, 16 Ogos- 2,000 Jalur Gemilang akan diedarkan menerusi Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 peringkat Negeri Sembilan.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Za'ba Abu Bakar berkata konvoi KMKM 2022 tiba di Negeri Sembilan dengan simbolik penyerahan baton Jalur Gemilang di 'check point' pertama iaitu di Lorong Seni, Tampin.

Lima 'check point' sebagai ‘Pit Stop’ persinggahan KMKM 2022 sebelum meneruskan perjalanan ke Plaza tol Sungai Besi bagi penyerahan baton kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Di setiap 'check point' ada daya tarikan tersendiri sama ada dari segi masakan, seni bina rumah dan cara hidup masyarakat di tempat yang kita singgah nanti.

"Selain itu bagi menaikkan semangat patriotisme juga beberapa aktiviti kenegaraan nyanyian lagu patriotik acara puzzle merdeka, zumba Keluarga Malaysia dan banyak lagi," katanya.

(Za'ba Abu Bakar)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyerahan baton Jalur Gemilang KMKM 2022 Peringkat Negeri Sembilan, di sini.

Konvoi melibatkan 41 buah kenderaan daripada pelbagai agensi.

Pelbagai pengisian berunsur kenegaraan direncana di setiap 'check point' dalam usaha untuk memupuk serta menyemai semangat patriotisme dan cintakan Negara dalam kalangan Keluarga Malaysia.