Wednesday, 28 September 2022

10 juta rakyat disasar kekal sihat, 10 tahun akan datang

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 16 Ogos- Sekurang-kurangnya 10 juta rakyat Malaysia disasar kekal sihat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sasaran itu antara yang terkandung dalam Kertas Putih Kesihatan, dijangka dibentang di Parlimen hujung tahun ini.

Ia juga salah satu tumpuan utama daripada 3 prinsip atau asas penting yang digariskan dalam Kertas Putih berkenaan iaitu aspek pembiayaan, kualiti perkhidmatan dan tatakelola dalam sistem kesihatan baharu.

"Maksudnya, 10 juta rakyat ini dia tak akan dirujuk ke hospital, dia tak akan sakit disebabkan kencing manis, sakit jantung, hypertention, kolestrol tinggi dan sebagainya.

"Jadi tema besar adalah bagaimana kita dapat mewujudkan satu sistem, sistem yang ada kualiti perkhidmatan dan juga sistem yang ada langkah-langkah pencegahan yang dapat memastikan 10 juta rakyat kita kekal sihat dalam tempoh masa 10 tahun.

"Kita ambil angka tersebut sebab melalui perkiraan kasar kita, sejumlah sejuta rakyat Malaysia jatuh sakit setiap tahun disebabkan penyakit yang sebenarnya dapat dielakkan," katanya.

(Khairy Jamaluddin)

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media selepas Dialog Polisi: 'The Future of Our Healthcare' yang berlangsung pada hari terakhir Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.