Sunday, 2 October 2022

Program Kibar Jalur Gemilang di Chuping meriah

  • Published in Semasa

CHUPING, 14 Ogos- Semangat cintakan negara terus bersemarak di Perlis.

Program Kibar Jalur Gemilang singgah di Chuping dengan penyertaan oleh 60 penduduk Kampung Panggas yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan bermotosikal sekitar kampung.

Ini bagi menzahirkan perpaduan yang wujud antara penduduk setempat yang sentiasa bekerjasama bagi menghiasi sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Program dianjurkan Jabatan Penerangan Negeri Perlis menerusi Program Merdeka Komuniti Keluarga Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Chuping dan Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Panggas.

Bagi Exco Negeri yang juga ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad berkata, program turun padang bersama masyarakat bertepatan dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama dimana semangat cintakan negara perlu sentiasa disemat dalam diri rakyat Malaysia.

Masyarakat diharap untuk terus mengekalkan kesepaduan terutama sekali untuk melihat keharmonian, mengekalkan kemerdekaan negara dan sama-sama memupuk kasih sayang serta hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan kaum, agama dan latar belakang,

Program ini akan menjelajah kesemua 45 Komuniti Keluarga Malaysia seluruh Perlis sehingga menjelangnya Sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan.


(Penduduk Kampung Panggas Chuping menyertai Program Kibar Jalur Gemilang)