Wednesday, 28 September 2022

Zainol Roslan, Nabila Mohammad juara Pertandingan Bintang P.Ramlee 2022 Zon Tengah

  • Published in Semasa

DAMANSARA JAYA, 14 Ogos-  Lagu 'Seri Bulan' membawa tuah kepada peserta dari Selangor, Zainol Roslan dan pasangannya Nabila Mohammad apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bintang P.Ramlee 2022 Zon Tengah.

Selaku juara, Zainol membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Manakala Nabila membawa pulang wang tunai RM1,200, piala, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

"Persaingan hari ini semua terbaik. Rezeki ini sebab saya yang kali ini banyak sangat halangannya kita sokong," kata juara kategori lelaki, Zainol.

(Zainol membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.00, piala, sijil penyertaan dan
hadiah iringan)

"Persaingan yang ada semua terbaik. Rezeki ini sebab saya yang kali ini banyak sangat halangannya kita sokong," kata juara kategori lelaki, Zainol.

"Perasaan saya alhamdulillah saya sangat terharu. Penat selama daripada pertandingan peringkat negeri hari itu buat sehabis baik di peringkat kebangsaan nanti," kata juara kategori wanita, Nabila.

Mereka turut memenangi anugerah persembahan terbaik.

Hadiah disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Penyiaran, Putri Joliana Yaacob.

Juara akan mewakili Zon Tengah ke peringkat akhir yang akan diadakan di Sarawak pada Oktober depan.