Wednesday, 28 September 2022

Penjawat awam salah guna dadah tidak terlepas tindakan undang-undang

  • Published in Semasa

(Datuk Seri Hamzah (lima, kiri) melihat penduduk kampung menangkap itik dalam kolam pada majlis Sukan
Rakyat Liga Kampung sempena Program Komuniti Bebas Jenayah dan Dadah/BERNAMA) 

SELAMA, 14 Ogos- Penjawat awam yang didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata selain tindakan perundangan mereka juga akan melalui proses pemulihan.

"Kita akan memastikan sesiapa saja menyalahgunakan dadah ini akan kita tengok dari segi kesalahan yang dilakukan. Kalau mereka membabitkan sehingga jual dadah hukumnya agak berat, tetapi kalau mereka ada yang terjebak dalam dadah contohnya kita akan ambil dan letak orang seperti ini dalam program pemulihan," kata Hamzah dalam sidang media selepas merasmikan Program Komuniti Bebas Jenayah dan Dadah di Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, Selama.

Beliau juga berkata kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk menangani kegiatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam.


(Datuk Seri Hamzah (tengah) bersama anak-anak angkat penuntut dari Universiti Saito pada
majlis Sukan Rakyat Liga Kampung sempena Program Komuniti Bebas Jenayah dan Dadah
/BERNAMA)