Sunday, 2 October 2022

RTX 2022, medan pemain industri bekerjasama perkasa industri rel negara

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Kementerian Pengangkutan menyasarkan lebih 3,000 pengunjung hadir pada pameran Rail Technology Expo 2022 (RTX 2022).

Pameran yang julung kali dianjurkan itu bakal disertai oleh 55 syarikat terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat tempatan dan antarabangsa serta Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata RTX 2022 dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran pembangunan teknologi rel terkini dan memperkasakan industri rel negara.

(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

"Saya difahamkan banyak syarikat yang terlibat dalam industri rel ini. Mereka sudah boleh mengeksport teknolgi mereka ke luar negara dan ada yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun.

"Kita lihat dari segi rel, KTMB ini bermula 137 tahun yang lalu bermaksud kita mempunyai satu latar belakang, satu kelebihan dari segi pembangunan rel di Malaysia," katanya.

Tambah Ka siong, pameran RTX 2022 itu juga bakal menjadi medan bagi pemain industri tempatan bekerjasama dan berhubung antara satu sama lain.