Wednesday, 28 September 2022

Diskaun 50 peratus saman trafik kepada pengunjung MAHA 2022 hujung minggu ini

  • Published in Semasa

SERDANG, 11 Ogos- Potongan sebanyak 50 peratus saman trafik akan diberi kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 pada Sabtu dan Ahad ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menyediakan satu reruai khas bagi orang ramai untuk membuat bayaran saman berkenaan.

Jelas beliau, inisiatif tersebut merupakan faedah yang diberi kepada pengunjung atas sokongan terhadap MAHA 2022.

"Saya ingin maklumkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi peluang kepada semua pengunjung-pengunjung yang mempunyai saman trafik untuk membayar saman tersebut kalau dia datang ke MAHA 2022 ini.

Dalam satu dewan di sini, MAFI akan tetapkan tempatnya supaya mereka boleh datang membayar saman dan kita akan bagi diskaun 50 peratus," katanya ketika mengunjungi MAHA 2022 di sini.

(Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri)