Sunday, 2 October 2022

Lokasi Taman Eko-Rimba berisiko terjadi fenomena kepala air akan dilengkapi EWS

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 10 Ogos - Sistem Amaran Awal (EWS) akan dipasang di 20 lokasi Taman Eko-Rimba seluruh negara, yang berisiko dilanda fenomena kepala air.

Pemasangan dibuat secara berperingkat dengan lapan tempat dipasang seawal bulan ini.

Antara lokasi awal pemasangan adalah Taman Eko-Rimba di Perak, Selangor dan Pahang.

Baki pemasangan akan dibuat selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

(Datuk Mohd Ridza Awang)

"Ia adalah tolok hujan yang akan dipasang di kawasan yang berisiko berlakunya kepala air, dan apabila keadaan curahan hujan dalam masa singkat itu tinggi maka ia akan bunyikan siren untuk memberi amaran sekiranya ada pengunjung, jadi ada masa untuk pengunjung keluar jika berisiko," kata Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang di sini.

EWS juga dijadual dipasang di luar kawasan Taman Eko Rimba sebagai persediaan kepada penduduk sekitar untuk menyelamatkan diri daripada banjir.