Wednesday, 28 September 2022

Malaysia dan Indonesia sepakat kukuhkan kerjasama pertahanan

  • Published in Semasa

(Malaysia dan Indonesia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan
kerjasama pertahanan merangkumi lima skop utama)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Malaysia dan Indonesia telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan, yang merangkumi lima skop utama.

MoU itu membabitkan perkongsian maklumat mengenai isu pertahanan, kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan ketenteraan dan pendidikan.

Dalam satu kenyataan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am ke-42 antara Malaysia dan Indonesia berjaya mencapai kesepakatan dalam keselamatan dan pertahanan di sempadan termasuk mempercepatkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia di Pos Gabungan Bersama (GABMA) melibatkan 14 pos di kedua-dua negara.

Selain sepakat mengaktifkan semula patrol terkoordinasi darat, laut dan udara yang telah tertangguh disebabkan COVID-19, serta mewujudkan kerjasama keselamatan siber.


(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Indonesia,
Prabowo Subianto mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am ke-42 antara
Malaysia dan Indonesia)

Terdahulu, Hishammuddin dan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto mempengerusikan tersebut di Wisma Perwira, di sini.

Kedua-dua negara turut bersetuju mengadakan latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) yang melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan yang akan dilaksanakan semula pada 2023 dengan memberi tumpuan kepada anti keganasan.

Kerajaan persekutuan juga akan memberi fokus sepenuhnya untuk meningkatkan pertahanan di sempadan termasuk sempadan Sarawak-Kalimantan dan mengambil kira perancangan Kerajaan Indonesia untuk memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan kelak.