Friday, 19 August 2022

RM1 juta peruntukan untuk naik taraf inap desa di Pulau Pinang

  • Published in Semasa

BALIK PULAU, 26 Jun - Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memperuntukkan RM1 juta bagi tujuan menaiktaraf dan merancakkan semula operasi inap desa di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri KPLB, Datuk Hasbi Habibollah berkata peruntukan itu juga akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sedia ada.

Katanya, sebanyak 174 buah inap desa membabitkan 10 buah kampung di negeri itu bakal mendapat manfaat menerusi pelbagai program yang disediakan.

(Timbalan Menteri KPLB, Datuk Hasbi Habibollah)

"Akan diagihkan ke kampung-kampung, mereka tahu apa kekurangan mungkin setengahnya untuk memperbaiki infrastruktur, perkakasan dan sebagainya," katanya selepas merasmikan Program Visit My Kampung Homestay Pulau Betong @PERDA, di sini.

Tambah Hasbi, sejak tahun 2014, sebanyak RM4.45 juta diperuntukkan daripada pelbagai agensi seperti Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) bagi keperluan inap desa di negeri itu.