Friday, 19 August 2022

Banteras monopoli kartel, LKIM lakukan pembelian ikan dalam skala besar

  • Published in Semasa

TAIPING, 26 Jun - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan melakukan pembelian ikan dalam skala besar bagi mengelakkan kartel ikan memonopoli bekalan dalam pasaran.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Al Fasal berkata perkara itu dilakukan bagi menjamin kestabilan harga selain membendung penguasaan kartel ketika musim pendaratan ikan yang banyak.

(Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal)

"Saya memberi amaran dalam masa yang sama saya mengharapkan kerajaan ataupun agensi LKIM dilibatkan dalam pembelian ikan pada waktu musim banyak ini. Membeli, membeku, menyimpan dan kemudian mengedar ketika ikan berkurangan di pasaran," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Bantuan Tong Ikan Berinsulasi dan Penyerahan Enjin Sangkut di Kuala Sepetang, di sini.

Pada program itu, seramai 99 orang nelayan menerima bantuan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM504,600.