Saturday, 25 June 2022

Pelan strategik MAIWP 2021-2025, Agong berkenan lancar secara maya

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 23 Jun - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil inisiatif membangunkan Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf bagi melestarikan sistem penyampaian perkhidmatan dan pengurusan dana zakat.

Justeru, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan berkenan melancarkan pelan tersebut menerusi rakaman titah pelancaran yang disiarkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi MAIWP Tan Sri Mohd Daud Bakar
di Majlis Pelancaran Pelan berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

"Walaupun beta jauh di mata namun hati dan jiwa Beta tetap bersama-sama rakyat yang Beta kasihi, khususnya dalam usaha murni untuk menyemarakkan sinar Islam dan membantu mereka yang memerlukan, Beta berdoa kehadrat Allah SWT semoga pelan strategik MAIWP dan manfaat kewangan asnaf yang bakal Beta lancarkan ini akan berjaya mencapai sasaran dan hasratnya," titah Seri Paduka.

Rakaman titah pelancaran itu disiarkan pada majlis pelancaran pelan berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah turut mendoakan agar Pelan Strategik MAIWP 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf itu berjaya mencapai sasaran dan hasrat penubuhannya.

Hadir sama di majlis tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd Daud Bakar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Pelan strategik ini menggariskan empat pelan tindakan penting iaitu Pembangunan Asnaf, Pendidikan, Pembangunan Hartanah dan Pendigitalan.