Wednesday, 6 July 2022

Festival Filem Perancis 2022 kembali ke Malaysia

  • Published in Semasa

GEORGE TOWN, 17 Jun- Alliance Francaise di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan Festival Filem Perancis 2022 (LFFF22).

Festival Filem Perancis berkolaborasi bersama George Town Festival dalam memainkan peranan menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis.

Menerusinya, pelbagai program inklusif dan praktikal melibatkan seni persembahan visual, muzik, gastronomi untuk semua peringkat umur.

Pengurus George Town Festival, Nisa Mukhtar berkata selepas dua tahun menyepi, George Town Festival kembali meraikan kebangkitan semula seni hiburan dan budaya bersama institusi budaya tempatan yang lain.

"Kita bawa untuk semua rakyat di Malaysia. Kita boleh dapatkan pengalaman sama, untuk apa yang kita tayangkan di Perancis ataupun apa yang ada yang kita ada di Pulau Pinang, Malaysia. Kita sama-sama gabungkan iaitu promosi kita punya bangunan bersejarah yang ada di sini," kata Nisa kepada ketika ditemu bual pemberita RTM di festival tersebut.


(Pengurus George Town Festival, Nisa Muhtar berkongsi objektif program diadakan kepada media RTM)

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI.

Selain itu, buat pertama kalinya, festival kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik iaitu “Le Petit Festival”.

Festival Filem Perancis 2022 akan diteruskan di Johor Bahru dan Kota Kinabalu.