Saturday, 25 June 2022

Pemilihan penganti Menteri Perusahaan Perladangan, dan Komoditi, PM perlu diberi kebebasan

  • Published in Semasa

PONTIAN, 27 Mei - Kebebasan perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memilih calon sesuai menyandang jawatan Menteri Perusahaan Perladangan, dan Komoditi, selepas Datuk Zuraida Kamaruddin keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)dan menyatakan hasrat meletak jawatan sebagai menteri, semalam.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata permintaan BERSATU untuk memegang jawatan tersebut atas dasar kuota parti tidak akan memberi tekanan kepada Perdana Menteri.
 (Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita ketika
sambutan Hari Raya Umno Bahagian Pontian, dan DUN Benut di Pontian)
 
"Saya kira mana ada menteri-menteri ini ikut kuota sesuka hati diumum oleh mana-mana presiden partinya. Jadi kita perlu beri kebebasan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk memilih," kata Ahmad Maslan di sini.
 
Dalam pada itu Ahmad Maslan menyeru, agar pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti disegerakan bagi memastikan kestabilan politik negara.
 
Akta tersebut wajar dibentangkan di parlimen menjelang sidang dewan Julai ini.