Logo

Kerjasama KPLB, K-KOMM bantu tingkat kualiti capaian internet di luar bandar

(KPLB pelawa swasta bantu tingkat jaringan internet di luar bandar, KEMAS)

SEPANG, 27 Mei - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membantu meningkatkan kualiti capaian internet di kawasan luar bandar.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk SerI Mahdzir Khalid berkata kawasan-kawasan yang sering mengalami masalah capaian telah dikenal pasti terutama yang melibatkan kelas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

(Datuk Seri Mahdzir Khalid ditemu bual wartawan selepas pelancaran Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2022-2025)

.Sehingga kini terdapat lebih 11,000 kelas KEMAS di seluruh negara dan tidak kesemuanya mempunyai capaian internet yang baik.

"Kalau 11,000 berapa ribu sahaja yang ada capaian? Yang dekat dengan bandar ni oklah capaiannya. Yang jauh dari bandar mungkin capaiannya rendah. Macam mana kita nak tolong supaya sekolah KEMAS dapat ditambah baik, itu maksud saya.

"Jadi ada usaha yang kita buat supaya akhirnya kita juga dapat membantu kerajaan untuk membantu meningkatkan capaian internet di luar bandar," kata Mahdzir ketika ditemui di Sepang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.