Saturday, 25 June 2022

Pembukaan laluan baharu MAB ke Qatar bantu pulihkan sektor pelancongan - MOTAC

  • Published in Semasa

SEPANG, 26 Mei- Laluan baharu Penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) ke Doha, Qatar dilihat mampu memacu pemulihan sektor pelancongan Malaysia dan meningkatkan lagi pertumbuhan aliran trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri, ia secara tidak langsung membuka Malaysia secara lebih luas kepada pelancong dari destinasi antarabangsa yang lain.

"Ini amat sesuai dengan matlamat kami untuk menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dari Qatar malah dari negara lain di timur tengah, eropah dan Amerika Syarikat. Saya percaya perkhidmatan baharu ini akan membantu menjamin hubungan yang lebih kukuh antara setiap wilayah dan meningkatkan sokongan serta merangsang minat dalam kalangan pengendali pelancongan dalam menjual pakej perjalanan ke setiap destinasi yang terlibat," kata Datuk Nancy selepas meraikan ketibaan kumpulan sulung penumpang dari Doha menerusi penerbangan sulung MH161.


(Menteri MOTAC, Datuk Seri Nancy Shukri berkata demikian dalam sebuah majlis meraikan ketibaan kumpulan sulung
penumpang dari Doha di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA))

MAB semalam mula melancarkan penerbangan terus setiap hari antara KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad melalui MH160 ke Doha yang berlepas pada jam 9.20 malam dan diikuti dengan penerbangan balik MH161 dari Doha ke Kulala Lumpur pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan dengan menggunakan pesawat A330-300.