Saturday, 25 June 2022

Kerajaan pertimbang pelanjutan subsidi melibatkan penternak ayam

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Kerajaan sedang mempertimbang sama ada untuk melanjutkan subsidi melibatkan penternak ayam.

Langkah intervensi dilaksana sejak Februari itu bertujuan mengawal kenaikan harga selain menjamin bekalan berterusan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid menggesa penternak yang layak agar segera memohon subsidi berkenaan sebelum Jun depan.

"Untuk membantu mengurangkan beban dalam kos pengeluaran. Dan dari segi tuntutan kita dan permudahkan dan kita harap penternak yang layak boleh memohon segera dan proses segera, dapat kita bantu menyediakan bekalan ayam," kata Datuk Haslina ketika ditemui selepas rakaman program Inklusif di Angkasapuri.


(Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid ditemu bual RTM
selepas rakaman program Inklusif)

Sejumlah RM528 juta telah diperuntukkan bagi tujuan itu dengan setiap penternak menikmati subsidi pada kadar 60 sen sekilogram.