Monday, 27 June 2022

Langkah 3BP, tingkatkan biodiversiti harimau di hutan Malaysia

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Langkah 3BP (Biological, Petrolling & Protection Programme) telah dilihat memberi kesan yang baik dalam menambah jumlah harimau di hutan Malaysia.

Ini kerana berlakunya kepupusan harimau belang yang berada dalam taraf yang bahaya iaitu kurang daripada 150 ekor.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata seramai 225 orang yang terlibat dalam pemasangan ribuan jerat di dalam hutan telah berjaya ditangkap.

"Ini merupakan satu kejayaan yang amat besar kerana sejak kita menangkap penceroboh atau pemburu haram ini, sekarang jumlah tangkapan sudah turun, jumlah jerat yang kita jumpa di hutan pun turun maknanya program tersebut amat berjaya memberi kesan di lapangan dan kesan di hutan itu sendiri," kata Datuk Ali kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu di rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) hari ini.


(Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju ditemu bual RTM selepas menjadi tetamu rancangan SPM pagi tadi)

Tambahnya, 800 orang anggota tentera terlibat diletakkan di dalam kawasan hutan di seluruh hutan Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, komuniti orang asli turut serta di mana kepakaran mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai penjagaan hutan adalah penting dalam menjaga biodiversiti tersebut.

Beliau berharap agar inisiatif ini akan berterusan dalam usaha menambah jumlah harimau di hutan ini.