Monday, 27 June 2022

Bekalan ikan masih mampu tampung keperluan pengguna di Terengganu

  • Published in Semasa

KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Kerajaan Terengganu yakin bekalan ikan di negeri itu masih mampu menampung keperluan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata walaupun permintaan sumber protein itu akan meningkat namun ia tidak menjadi satu krisis meskipun harga ayam meningkat.

Kadar tangkapan ikan yang direkodkan sangat memberangsangkan.

(Dr Azman Ibrahim ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perikanan hari ini)

"Bila permintaan tinggi tapi kalau sekiranya tangkapan kita juga tinggi dia tidak begitu memberi kesan. Tapi kalau permintaan tinggi dalam masa sama hasil kita berkurangan akan bagi kesan pada harga sebab harga dipengaruhi bekalan dan permintaan itu standard yang kita tidak boleh hendak ramal secara tepat situasi akan berlaku," kata Azman ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perikanan di sini.

Beliau berkata, plan stategi telah dirangka bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Terengganu agar krisis makanan tidak berlaku di negeri itu.