Saturday, 25 June 2022

Kemalangan maut lima pelajar USAS : keputusan JISA akan diketahui dalam masa terdekat - KP JPJ

  • Published in Semasa

KUALA TERENGGANU, 22 Mei - Keputusan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) terhadap treler yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak di Lebuh raya Utara Selatan pada 12 Mei lalu akan didedah dalam masa terdekat.

Ia merangkumi sama ada kesalahan tersebut disebabkan kegagalan komponen dan perlanggaran pada prosedur keselamatan kenderaan terlibat atau sebaliknya.

Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim berkata, semua maklumat berkaitan keselamatan kenderaan perdagangan treler muatan besi itu dikumpul untuk memastikan ia mematuhi segala aspek dan peraturan yang ditetapkan.

Turut diperiksa sama ada kenderaan itu sudah melalui ujian di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan mematuhi semua spesifikasi.


(Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim)

Dalam insiden awal bulan lalu , lima penuntut universiti itu maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan, di Ipoh.

"Apa yang hendak kita tumpukan kenderaan yang langar lima pelajar itu menjalani ujian Puspakom atau tidak. Itu kita kena semak dan buat sidang media lain tentang hasil audit tersebut", katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPJ Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan lesen kenderaan motor kepada pemilik surau bergerak tersebut kepada Pengerusi Persatuan Peniaga Trak Makanan Drawbrigde di Kuala Terengganu.

Dalam perkembangan lain, kenderaan yang sudah diubahsuai diberi kebenaran untuk digunakan sebagai rumah ibadat bergerak.

Ia akan dilesenkan sebagai bas perkhidmatan bergerak dan diberi insentif cukai jalan secara percuma.