Monday, 27 June 2022

RM30 juta kos untuk litar lumba yang tertangguh di Sungai Petani

  • Published in Semasa

ALOR SETAR, 22 Mei - Kerajaan negeri Kedah bercadang menjual sebahagian tanah yang akan dibangunkan untuk litar lumba di Sungai Petani.

Ia bagi mendapatkan dana untuk membiayai kos pembinaan litar tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata pembinaan litar yang tertangguh selepas dijalankan akan menggunakan reka bentuk asal menelan kos RM30 juta.

"Litar itu di atas tanah MBI, kita ada RM20 juta yang kita simpan ,dan RM30 juta yang telah dihabiskan sepuluh juta..untuk kerja tanah tu..oleh kerana KM kebenaran merancang RM73 juta dan kosultansi RM890,000 mereka tidak bayar dulu," katanya pada media selepas menghadiri program Santai Belia disini


(Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor)

Beliau berkata pembinaan litar yang sebelum ini telah berjalan, namun tertangguh sejak beberapa tahun lalu juga akan menggunakan reka bentuk asal yang menelan kos RM30 juta.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini telah mengubah pelan asal litar itu untuk menjadikannya lebih besar dengan menggunakan piawaian antarabangsa
membabitkan kos RM73 juta.

Projek tersebut kemudian terhenti kerana kos yang tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan juga tidak dapat menyalurkan peruntukkan tambahan yang diperlukan.

Jelasnya ia bagi memastikan projek itu belum dapat dijangka bila siap dibina memandangkan ketika ini diperingkat mendapatkan dana proses pemilikan tanah dan pembayaran pelbagai pihak.


(Foto fail)