Monday, 27 June 2022

Bakal jemaah haji perlu patuh keputusan saringan kesihatan

  • Published in Semasa

MARANG, 22 Mei - Bakal jemaah haji yang tidak melepasi saringan kesihatan yang ditetapkan perlu akur dan patuh dengan keputusan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad menegaskan, syarat berkenaan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi dan Lembaga Tabung Haji perlu mematuhinya.

"Itu ialah syarat dikenakan oleh pihak kerajaan saudi. kita tidak kena apa-apa syarat pun, kesihatab, bmi serius tak serius. mungkin kita kena raikanlah kerana pandangan mereka dari sudut kesihatan mereka sana terutama nak menbgelak masalah COVID-19 ini. Yang kedua kerana cuaca sana mungkin agak panas cecah hampir 50 darjah," katanya kepada pemberita di Perkampungan Darul Barakah disini semalam.


(Foto fail)

Idris berkata surat tawaran bagi panggilan kedua kumpulan jemaah haji telah dikeluarkan. Setakat ini, lebih 1,000 jemaah menolak untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini dengan kebanyakkannya atas faktor kesihatan.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Ahmad)