Saturday, 25 June 2022

Pendaki hilang di Gunung Suku: Anggota badan ditemukan

  • Published in Semasa

IPOH, 16 Mei - Pasukan penyelamat menjumpai separuh badan manusia dalam operasi mencari dua pendaki yang hilang di Gunung Suku, Simpang Pulai.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris memklumkan, bahagian atas anggota badan itu ditemukan dalam timbunan kayu kira-kira pukul 10.20 pagi.

Pihaknya bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada bahagian badan itu, milik mangsa dan saling berkait dengan sebelah kaki yang ditemukan semalam.

(Muhamad Shahrizal Aris ketika ditemui wartawan)

"Itu pun tak dapat nak kenal pasti sebab tempat tu berasinganlah, kiranya badan mangsa yang ditemui pagi ini berada di bawah daripada kawasan tinggi yang berada di kawasan air terjun, tapi yang kaki mangsa di bahagian atas. Tak tahu kaki mangsa tersebut atau seorang lagi," kata Muhamad Shahrizal

Bahagian badan tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, untuk tindakan lanjut.