Thursday, 26 May 2022

Jejambat Jalan Tun Razak dibuka tengah malam ini

  • Published in Semasa

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Bermula tengah malam ini, warga kota boleh mula menggunakan Jejambat Jalan Tun Razak yang menghubungkan Jalan Langgak Golf dengan Bulatan Kampung Padan apabila laluan tersebut dibuka secara rasmi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan, jejambat sepanjang 2.8km itu mampu melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut terutama pada waktu puncak.

Pembinaan projek tersebut melibatkan laluan susur keluar dan masuk secara keseluruhan sepanjang 1.6km, di mana sebanyak sembilan lokasi keluar dan masuk telah dibina.


(Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim merasmikan pembukaan jejambat di sini)

"Jejambat tersebut akan menghubungkan laluan keluar/masuk Lebuh raya Maju Expressway bagi memudahkan penguna dari Putrajaya dan Puchong untuk memasuki Kuala Lumpur selain memberi akses kepada penguna yang ingin keluar daripada jalan Bukit Bintang" katanya selepas merasmikan pembukaan jejambat tersebut di ibu negara

Projek tersebut mula dilaksanakan pada 10 Julai 2017 dan siap sepenuhnya pada 11 Mei 2022 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM492.5 juta.