Thursday, 26 May 2022

Runtuhan batu, pengguna jalan raya yang melalui Seksyen Bukit Begunan dinasihatkan lebih waspada

  • Published in Semasa

SRI AMAN, 14 Mei- Pengguna jalan raya di laluan Sri Aman, Kuching dinasihatkan untuk lebih berwaspada serta berhati-hati ketika melalui Seksyen Bukit Begunan Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Ia adalah susulan runtuhan batu yang berlaku petang semalam ekoran hujan lebat.

Unit Lebuhraya Pan Borneo J-K-R Sarawak dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pasukan tindakan kecemasan J-K-R Sarawak bersama kontraktor terlibat telah bertindak melakukan kerja pembersihan batu-batu yang menjejaskan pergerakan kenderaan di laluan tersebut. Pasukan trafik juga turut berada di lokasi bagi mengawal keadaan lalu lintas.

Hujan lebat serta ribut kencang di kawasan Sri Aman kira-kira pukul 6-petang semalam menyebabkan berlakunya runtuhan batu di kawasan laluan berkenaan yang masih dalam pembinaan.

Walaubagaimanapun tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini melibatkan pengguna jalan raya.


(Hujan lebat serta ribut kencang di kawasan Sri Aman kira-kira pukul 6-petang semalam menyebabkan berlakunya runtuhan batu)