Friday, 19 August 2022

Insiden kontena tumbang di Port Klang, palsu

  • Published in Semasa

PELABUHAN KLANG, 25 Februari - Lembaga Pelabuhan Kelang menafikan kejadian satu video klip kontena tumbang yang tersebar di media sosial susulan gempa bumi di Sumatera, awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Besarnya, Kapten K. Subramaniam melalui kenyataan media petang tadi.

"Insiden berkenaan tidak berlaku di mana-mana terminal di Pelabuhan Klang," katanya.

(Lembaga Pelabuhan Kelang menafikan video klip kontenta tumbang yang viral di media sosial)

Terdahulu, tular satu rakaman video durasi 23 saat yang memaparkan beberapa susunan kontena jatuh dalam kejadian itu.

Namun, sebenarnya video tersebut merupakan video pada 19 Februari lepas yang berlaku di Belanda ekoran ribut kuat melanda negara itu.

Dalam video berkenaan boleh kedengaran bunyi angin bertiup kencang.