Tuesday, 29 November 2022

Penubuhan pusat sehenti buluh,sebagai rujukan dan maklumat usahawan buluh tempatan

  • Published in Semasa

BANTING, 19 Februari - Pembangunan industri buluh negara terus diperkukuh menerusi penubuhan pusat sehenti buluh.

Berperanan sebagai pusat maklumat dan rujukan kepada usahawan buluh tempatan, inisiatif Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi tersebut bakal memperkasa industri hiliran buluh yang bernilai tinggi.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pusat sehenti itu akan mula dibina di Tadom Hill Resort, Banting menjelang bulan depan, dengan kos dianggarkan bernilai RM2 juta.

"Walaupun ianya adalah satu industri permulaan tetapi sambutannya sangat menggalakkan kerana kita lihat di Malaysia tanaman buluh ini liar, dimana-mana semua ada buluh," katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Penubuhan Pusat Sehenti Buluh antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) serta Tadom Hill Resort Sdn. Bhd. di sini.

Tambahnya, setakat ini, terdapat 577 usahawan buluh merangkumi industri papan buluh, pembinaan, tekstil, perladangan dan arang buluh.