Sunday, 26 June 2022

Rumah rosak, pokok tumbang akibat 'puting beliung' di Ipoh - Bomba

  • Published in Semasa

FOTO ORANG RAMAI

IPOH, 31 Januari - Beberapa kediaman penduduk di sekitar Ipoh, Perak rosak akibat ribut dan puting beliung yang melanda bandar raya itu.

Kejadian turut menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah penduduk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 6.40 petang.

"Dua kawasan yang dilaporkan terlibat adalah di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas.

"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan sedang dijalankan agensi berkaitan," menurut kenyataan itu.

Video mengenai kejadian tersebut turut tular di media sosial.